Archive

Archive for the ‘Umum’ Category

Kursus Kahwin di Aberdeen (Genggam Bara Api 3)

March 18, 2009 4 comments

Aberdeen, 19 Mac – Persatuan Melayu Aberdeen akan meneruskan siri kursus Genggam Bara Api kali ke-3 pada 16 dan 17 Mei 2009.  Tema GBA pada kali ini ialah Kursus Rumahtangga Islam. 

Penceramah kursus ini ialah Pegawai Atase Pendidikan JPM London, Ustaz Erfino Johari. Peserta yang menghadiri kursus ini akan mendapat sijil yang sah digunakan untuk urusan perkahwinan di Malaysia kelak.

Rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai kursus perkahwinan ini boleh membuat pre-registration ke alamat melayu.aberdeen@yahoo.com dengan menyertakan nama penuh, alamat di UK, email dan no telefon. Maklumat lanjut mengenai yuran, penginapan dan yang berkaitan akan menyusul kemudian.  Tempat adalah terhad. Justeru, pendaftaran awal amat digalakkan.

Categories: Umum

Majlis Memperingati Maulidur Rasul dan Mesyuarat Agung Tahunan PMA kali ke-2

March 18, 2009 Leave a comment

Aberdeen, 14 Mac – Bertempat di Zoology Building University of Aberdeen, Persatuan Melayu Aberdeen telah mengadakan Majlis Memperingati Maulidur Rasul dan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2. Seramai hampir 70 orang warga Melayu Aberdeen telah menyertai program tersebut.

Acara dimulakan dengan pengisian sirah Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Burhan, dengan penekanan diberikan kepada kisah di hujung riwayat hidup baginda. Pengisian ini adalah penutup kepada pengisian sirah di majlis ilmu yang dianjurkan secara mingguan di Aberdeen.

Turut dianjurkan ialah Kuiz “Ceria Riang Ria Menyingkapi Sirah Rasulullah SAW”. Kuiz ini telah dimenangi oleh pasukan lelaki. Hadiah peserta terbaik pula telah dimenangi oleh saudari Husna Afifi setelah berjaya memberikan jawapan tepat paling banyak di dalam kuiz tersebut.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Melayu Aberdeen kali ke-2. Mesyuarat dipengerusikan oleh saudara Burhanuddin Salim. Satu usul untuk memansuhkan yuran tahunan dengan menggalakkan sumbangan telah diluluskan di dalam mesyuarat tersebut. Selain itu, mesyuarat juga telah memilih senarai ahli jawatankuasa PMA bagi sesi 2009/2010. Berikut merupakan senarai AJK baru:

Presiden: Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham
Timbalan Presiden: Shafiq Abdullah
Setiausaha: Wan Asyraf Wan Adnan.
Bendahari: Siti Nawwal Ahmad Nasfy
Ketua Hal-ehwal Wanita: Kamariah Ismail 

AJK:
Wan Hamizi
Fazli Mansor
Haleena
Husna Afifi 

Program ditamatkan dengan solat Asar berjemaah dan jamuan hi-tea. Terima kasih diucapkan kepada yang hadir dan juga yang membantu menjayakan majlis tersebut. Saudara Burhanuddin Salim menjawab soalan kuiz Riang Ria
Ceramah Maulidur Rasul oleh Us Burhan Che Daud

Categories: Umum

Sekalung Budi dan Terima Kasih

November 17, 2008 Leave a comment

gba11

Blog Ustaz Erfino – link (coastal trail trip) dan link (Genggam Bara Api)

Categories: Umum

Jemputan ke Program ‘Genggam Bara Api’

November 14, 2008 Leave a comment

Genggam Bara Api

Pendaftaran akan mula dibuka pada jam 11.30 pagi 15/11/2008 di bilik ZB18 dan ZB19 Zoology Building. Yuran sebanyak £3 boleh dibayar semasa pendaftaran. Tentatif program adalah seperti di bawah:

15 November 2008 (Sabtu)

Sesi 1: Keynote Speech – Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung (mula jam 12.30 pm)

Sesi 2: Talk – Managing Your Deen In The West (mula jam 1.45 pm)

Sesi 3: Talk Show – Kepentingan Memahami Fiqh Luar Negara (6.00 pm)

16 November 2008 (Ahad)

Aktiviti jalan-jalan ke The Lecht via Royal Deeside Road (bertolak jam 8.00 am)

Dijemput semua untuk hadir beramai-ramai ke program di atas.  

Categories: Umum

Video Gambar Majlis Aidilfitri PMA 2008

October 13, 2008 2 comments

ihsan: Lebardaun Production

Assalamualaikum wrt.wbt.

Alhamdulillah Majlis Aidilfitri PMA 2008 berlangsung dengan jayanya. Jutaan penghargaan dirakamkan kepada seluruh warga Melayu Aberdeen/alumni Melayu Aberdeen yang turut sama memeriahkan sambutan kali ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa program sambutan ini kerana telah bertungkus lumus dan bekerja keras dalam memastikan kejayaan majlis. Begitu juga kepada semua yang telah membantu dalam bentuk sumbangan jamuan, peralatan, hadiah, pengangkutan, idea, tenaga dan sebagainya. Moga Allah swt menyediakan ganjaran terbaik buat semua di atas sumbangan yang telah diberikan.

 

Sekian, terima kasih.

Persatuan Melayu Aberdeen

Categories: Umum Tags:

MAJLIS AIDILFITRI PMA 2008

October 8, 2008 Leave a comment

Assalamualaikum wrt.wbt.

Dengan segala hormatnya dijemput Tuan/Puan/Encik/Cik ke Majlis Aidilfitri 2008 anjuran Persatuan Melayu Aberdeen, Scotland pada 11hb. Oktober 2008 (Sabtu) bertempat di Strathcona Hall, Strathcona House, Rowett Research Institute, Greenburn Road, Bucksburn, Aberdeen AB21 9SB.

Kehadiran seluruh warga Melayu Aberdeen akan memeriahkan lagi majlis kali ini. Di samping bertemu mata beramah mesra, kita akan sama-sama menikmati hidangan raya Aidilfitri yang disediakan. Jumpa di sana!

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Categories: Umum Tags:

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR PERDANA PMA 1429H

September 24, 2008 Leave a comment

Assalamualaikum wrt.wbt.

Dengan segala hormatnya, seluruh warga Melayu Aberdeen dijemput untuk sama-sama hadir memeriahkan program kita hujung minggu ini – Majlis Khatam al-Quran & Iftar Perdana PMA. Maklumat berkaitan program adalah seperti di bawah:

TARIKH: 28 SEPTEMBER 2008 / 28 RAMADAN 1429 (AHAD)

MASA: 5.30 petang – 9.00 malam

TEMPAT: Tillydrone Community Centre, Gordon Mills Road AB24 2RG

ATURCARA MAJLIS:

5.30 pm              : Ketibaan dan pendaftaran

6:00 pm              : Aluan Pengerusi Majlis, Aluan Presiden PMA

6:10 pm              : Majlis Khatam al-Quran

6:35 pm              : Majlis Resepsi Pelajar Baru

6:50 pm              : Palestinian Appeal (tayangan slide)

6:53 pm              : Azan Maghrib – berbuka puasa ringkas

7:05 pm              : Solat Maghrib berjemaah

7:30 pm              : Jamuan iftar

8:30 pm              : Solat Isya’ berjemaah

                           : Kemas dewan dan majlis bersurai

Mohon diwar-warkan program ini kepada rakan-rakan dan kenalan Melayu Aberdeen. Diharapkan tuan/puan bersedia dengan wudu’ dan sila bawa sejadah/alas untuk solat berjemaah.

‘Salam Ramadan dan Selamat Berqiamullail di Sepuluh Akhir Ramadan’

Categories: Umum Tags:

Salam Ramadan 1429 H

September 16, 2008 Leave a comment

 

[2:183]
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
[2:184]
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin.
(Surah al-Baqarah ayat 183-184)
Categories: Umum Tags:

Selamat Berkunjung

July 15, 2008 Leave a comment

Selamat Datang

Persatuan Melayu Aberdeen, Scotland.

Nombor-nombor perhubungan PMA:

  • Burhan Che Daud (Presiden) – 07809673068
  • Abg.Rothi Hamzah (Timb.Presiden) – 07970449471
  • Mohd.Firdaus M.Nadzam (Setiausaha) – 07894473829

Assalamualaikum warahmatullah wbt.

Laman ini diharapkan dapat bermanfaat untuk semua. Gambar-gambar aktiviti akan menyusul tidak lama lagi. Terdapat juga maklumat umum disediakan untuk para pengunjung dan juga mereka yang ingin mendapatkan gambaran mengenai kehidupan di Aberdeen ini. Antara maklumat yang disediakan adalah berkaitan dengan Info Islam, Info rumah, dan juga Info untuk para pelajar dan keluarga pelajar yang akan melanjutkan pengajian mereka ke Aberdeen. Sila dapatkan maklumat tersebut di dalam link yang disediakan Info Pelajar Baru. Adalah dinasihatkan agar anda dapat membaca beberapa checklists yang disediakan sebelum berangkat. Selain itu, dijemput juga rakan-rakan/adik-adik semua untuk turut serta dalam perbualan/perbincangan e-group persatuan – melayu_aberdeen@yahoogroups.com.

Sekian, Terima Kasih.

Salam hormat,

Persatuan Melayu Aberdeen (al_dalil76@yahoo.com)

*** Hari Imigresen Malaysia di Aberdeen, Scotland. link

 

 

Majlis Berbuka Puasa PMA

BBQ Arbutnott. July 2008

Family Day PMA. June. 2007

 

 

Categories: Umum
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.